Friday 9 December 2011

Ukhuwah di Perantauan

Assalamualaikum Warahmatullah

Apa khabar semua?.semoga baik-baik selalu..hari ni agak keletihan sebenarnya, tapi atas permintaan cikgu saya cuba juga untuk mengagahkan diri berblogging..perintah guru kena ikut kan..hehehe...harini nak cerita pasal ukhuwah sikit..ukhuwah kerana Allah insyaAllah..ketika kita susah ada yang menolong...dan ketika orang lain insyaAllah kita yang menjadi penolongnya..

Alhamdulillah..Syukur kepada Allah..Rasa gembira yang teramat dalam hati apabila rumah yang akan diduduki tidak lama lagi sudah hampir hendak siap..dari rumah yang keadaanya bak kata pepatah "hidup segan mati tak mahu" kepada rumah yang keadaanya amat cantik kot..dari keadaan "sarang tikus" kepada "sarang manusia"..hahaha...

Serious saya terharu gila bila ramai orang tolong kitorang buat kerja..yang dari dekat, yang dari jauh seua datang membantu..dari kerja mengikis, mengecat dan tidak kurang juga ada yang datang membawa makanan kepada kami..cerita pasal makanan ni, nak ucapkan terima kasih lagi la yang memberi kami "nasi kerabu" tu eh..lama kot tak makan makanan tradisional malaysia tu..jadi rasa bersemangat pulak nak buat kerja..hehehe..

*gambar*

Presiden & bakal presiden

wakil Bayt Farid

tolong-menolong

misi menconteng daripada bang bil


rumah yang hampir siap

sekali lagi saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada mereka yang sanggup membantu kami.."berat sama dipikul ringan sama dijinjing"..terima kasih kepada wakil Bayt Farid, Bayt Taqwa, Bayt Ikhwan dan yang paling penting kepada "interior designer" kita bang bil...jasa kamu semua amat dikenang..

*sedikit gambar untuk menunjukkan betapa gembiranya kami membuat kerja bersama-sama..perkara yang akan menjadi mungkin 10 tahun lepas ni...semoga ukhuwah yang terjalin membawa kesyurga..

Apabila BERTEMAN; jangan mengharapkan KEISTIMEWAANNYA,
Kerana engkau mungkin MEMBENCI tatkala ketemu KELEMAHANNYA..
Apabila BERKAWAN; jangan mengimpikan KESEMPURNAANYA,
Kerana engkau mungkin MENCELA andai terlihat KECACATANNYA..
Apabila BERSAHABAT; jangan bersandarkan HARTA MILIKANNYA,
Kerana engkau mungkin MENGHINDAR tatkala dia dihimpit KEMISKINAN..

Tetapi BERUKHUWAHLAH KERANA ALLAH SWT..
Nescaya akan lahir PERSAHABATAN yang TULUS..
Yang dengannya akan saling BERKONGSI KENIKMATAN..
Yang dengannya akan saling MENDOKONG KESULITAN..
Yang dengannya akan saling MENASIHATI kepada KEBAIKAN..
Yang dengannya akan saling MELENGKAPI tiap-tiap KEKURANGAN dengan KELEBIHAN yang dimiliki..
DEMI MENDAMBAKAN REDHA ILAHI..!

p/s:maaf atas ayat yang kurang menarik ye..saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan...