Tuesday 3 January 2012

Al-Quran sebagai motivasi hidupku

Duhai diri,
Dalam melangkah pergi,terkadang teruji dengan seribu keperitan,terasa berat untuk melangkah apatah lagi untuk berlari.Namun itu semua hanyalah sementara,kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah.biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya.Namu tatkala mentari terbit kemungkinan disitu akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukan suatu yang mudah untuk kelihatan hanya ketika bumi ditimpa hujan...

Duhai diri,
Ayat-ayat ini kutuliskan untukmu...Ayat-ayat yang penuh peringatan dan hikmah...Ayat-ayat yang diturunkan olehNYA kepada junjungan besar untuk disampaikan...
"Demikianlah KAMI bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah"-Ai-Imran :58

Duhai diri,
Baca dan tadabbur ayat ini..
Jadikan ayat ini sebagai terapi dikala tarbiyah ALLAH menyapa..
Agar kau bisa menjadi seorang insan yang tabah...
"Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin ALLAH; dan barang siapa beriman kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu". -At-Taghabun  :11
"(Iaitu)orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah mereka berkata "Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNYAlah kami akan kembali"- Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. - Al-Baqarah :156

Duhai diri,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu...
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji?"- Al-Ankabut :1

Duhai diri,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu, hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat olehmu...
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" -Al-Baqarah :286
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang ALLAH berikan kepadanya" -At-Talak :7

Duhai diri,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu... Bangunlah dikau dan terus berlari dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh  tak berdaya... Kau adalah insan yang kuat dan gagah...
"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan juga (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman " Ali-Imran :139

Duhai diri,
Jikalau kau berasa kau bersendirian,ketahuilah bahawasanya kau tidak bersendirian... Masih ada yang mendengar keluh kesahmu ... Janganlah dikau takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersamamu...
"Dan mohonlah pertolongan (kepada ALLAH) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusyuk" Al-Baqarah :45

Duhai diri,
ALLAH tahu kesedihan hatimu...
ALLAH tahu kau berasa lemah saat ini...
Namun jika kau bersabar dan redha..
Ganjarannya sangat besar, terlalu besar..Percayalah!

ALLAH yang MAHA KUAT sedang melatih kamu untuk menjadi kuat.
BERBAHAGIALAH!





6 comments:

  1. tersentuh bile mmbace ayat2 hikmah dari Allah..perkongsian yg menarik,syukran

    ReplyDelete
  2. Rasa nak nangeh la pulak Dudek :P

    ReplyDelete
  3. Subahanallah.. terima kasih farid..
    kadang kita terlupa nak guna Al-quran untuk motivasi diri sendiri..

    Moga tulisan ilmuan sebegini selalu anta lakar kan.. untuk santapan kami yang alpa ini..

    ReplyDelete